Sejarah Penubuhan
Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM (atau singkatannya Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB) merupakan penjenamaan semula perkhidmatan klinikal yang beroperasi di Kompleks Penyelidikan Klinikal, Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM (Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB) di bawah Universiti Sains Malaysia (USM). Sejarah awal penubuhan Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB pada tahun 2002 adalah sebagai sebuah institusi untuk berfungsi sebagai pemangkin utama dalam melahirkan pakar dan saintis perubatan dan pergigian yang kompeten, holistik dan kontemporari dalam amalan dan profesion mereka serta mampu menjana penemuan baharu dalam bidang perubatan dan pergigian. Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB merupakan salah satu pusat kecemerlangan (Centre of Excellence) yang menawarkan perkhidmatan kepakaran perubatan dan pergigian di samping menjalankan program-program akademik dan penyelidikan dalam pelbagai bidang berkaitan sains perubatan dan kesihatan.
Perkhidmatan Klinikal di Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM telah dilancarkan sejak tahun 2004. Ia telah beroperasi sebagai sebuah pusat kajian klinikal di samping menyediakan perkhidmatan kesihatan awam bagi kes-kes rujukan mendapatkan temujanji dengan pakar perubatan USM.
Kini, perkhidmatan klinikal di Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB telah berkembang menjadi sebuah Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM yang menawarkan pelbagai kepakaran perubatan termasuk perubatan dalaman, perawatan kanak-kanak (pediatrik), pembedahan am dan payudara, perawatan kanser (onkologi), pengimejan serta rawatan kepakaran pergigian. Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM merupakan sebuah pusat kepakaran rawatan kanser secara brakiterapi. Kecemerlangan dalam bidang brakiterapi ini telah mendapat perhatian dan pengiktirafan oleh BrachyAcademy iaitu sebuah badan profesional brakiterapi berpangkalan di Belanda yang telah memberikan akreditasi sebagai Pusat Latihan dan Penyelidikan Antarabangsa BrachyAcademy sejak 2020. Sehingga kini, Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM merupakan satu-satunya di Malaysia yang mempunyai akreditasi berprestij dalam lima (5) bidang kanser iaitu ginekologi, esofagus, hati, prostat dan kepala dan leher sekaligus membuktikan kepakaran brakiterapi di sini mendapat pengiktirafan dunia (rujukan: www.brachyacademy.com). Selain itu, Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM turut menawarkan Perkhidmatan Kesihatan Eksekutif (Executive Health Services, EHS) iaitu perkhidmatan berbayar sepenuhnya (Full Paying Patient Services, FPP).
Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM di Bertam ini merupakan cawangan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan. Penjenamaan semula Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM secara dasarnya telah diluluskan oleh Lembaga Gabenor Universiti pada 21 April 2022. Manakala penubuhan Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM sebagai sebuah PTJ telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti ke-201 Bil. 9/2022 pada hari Rabu, 19 Oktober 2022.

Eureka 1
Bahagian Klinikal memulakan operasi
di bangunan Eureka, USM 2003

Bertam Indah 1
Berpindah ke Taman Bertam Indah, Kepala Batas.
2004-2008

Hospital Kepala Batas 3
Penempatan Staf PPUSMB di Hospital Kepala Batas, 2004-2008

Bandar Putra Bertam 1
Meneruskan Operasi di Bandar Putera Bertam, 2009-2010

Bandar Putra Bertam 2

Bandar Putra Bertam 3

Ctc 1
Kompleks Penyelidikan Klinikal
Di bina 2008-2010

Ctc 2

Ctc 3

Ctcomplex 1

Ippt

Ppusmb 1
Pusat Perubatan USM Bertam
PPUSMB 2022
