Skip to main content

Unit Onkologi & Radioterapi

Unit Onkologi & Radioterapi PPUSMB IPPT memulakan operasi  pada 19/2/2014. Unit ini bermula dengan nama Klinik Radioterapi dan Onkologi. Setelah itu, Perkhidmatan Onkologi dan Radioterapi telah dirasmikan oleh YB Dr Afif bin Bahardin pada 22 Jun 2019 dengan nama Unit Onkologi dan Radioterapi yang terdiri dari perkhidmatan Klinik Onkologi dan perkhidmatan Radioterapi. Unit ini beroperasi 5 hari seminggu untuk menilai dan merancang rawatan bagi semua pesakit kanser (kes baru dan ulangan) yang dirujuk. Pesakit dirujuk dari pelbagai hospital kerajaan dan swasta di Malaysia. Klinik Onkologi & Radioterapi turut bekerjasama dengan klinik lain untuk perancangan perawatan iaitu combine clinic bersama Klinik ENT (Setiap hari Selasa dan Rabu).

Unit Onkologi dan Radioterapi juga telah menawarkan perkhidmatan rawatan radioterapi bermula 2015 antaranya rawatan untuk kanser kepala dan leher dan kanser payudara. Perkhidmatan brakiterapi juga ditawarkan sejak 2015 bermula dengan kanser pangkal rahim (kanser serviks) dan pada 2016 kes pertama kanser lidah dirawat dengan teknik ini di IPPT. Sejak itu pelbagai kanser seperti prostat, hati dan esofagus juga telah dirawat dengan teknik brakiterapi. Sehingga kini, IPPT merupakan satu-satunya pusat perubatan aktif di ASEAN yang menawarkan teknik brakiterapi untuk kanser hati dan kanser kepala dan leher.

Kecemerlangan IPPT dalam bidang brakiterapi telah mendapat perhatian sebuah badan profesional brakiterapi yang berpangkalan di Belanda dikenali sebagai BrachyAcademy. IPPT telah menerima akreditasi sebagai ‘PUSAT LATIHAN DAN PENYELIDIKAN ANTARABANGSA BrachyAcademy’ sejak 2020. Akreditasi berprestij ini diberikan untuk 5 bidang kanser iaitu ginekologi, esofagus, hati, prostat dan kepala dan leher sekaligus membuktikan kepakaran brakiterapi di IPPT mendapat pengiktirafan dunia. Sehingga kini, IPPT merupakan satu-satunya institusi di Malaysia yang menerima akreditasi ini. (rujukan: www.brachyacademy.com)

Sehingga kini hampir 1000 pesakit dari seluruh negara termasuk juga dari Indonesia dan Australia telah dirujuk ke IPPT untuk sesi perundingan dan sejumlah 578 pesakit telah menjalani prosedur brakiterapi di sini. IPPT juga telah memajukan teknik brakiterapi untuk kanser lidah dikenali sebagai HyBIRT (Hybrid Brachytherapy followed by Intensity Modulated Radiotherapy) dan menjadi perintis kepada teknik ini diseluruh dunia. IPPT juga telah menerima undangan dan permohonan daripada ahli brakiterapi daripada luar negara untuk hadir dan menerima latihan di sini (fellowship training in brachytherapy), sejak menerima pengiktirafan BrachyAcademy.

Pengiktirafan ini juga merupakan hasil kerja keras gabungan pelbagai pakar bidang antaranya pakar klinikal, penyelidik dan ahli akademik, paramedik, ahli fizik perubatan, juru radioterapi, saintis serta sokongan jitu daripada pengurusan IPPT dan USM. Kaedah rawatan brakiterapi dijangka akan terus berkembang dan menjadi satu pilihan yang efektif bagi rawatan kanser selain kaedah sedia ada seperti pembedahan, radioterapi dan kemoterapi yang pastinya memberi ruang pilihan yang lebih luas kepada pesakit-pesakit kanser. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada IPPT dan USM untuk terus mencipta kecemerlangan agar dapat memberi manfaat yang terbaik kepada pesakit-pesakit kanser dan seluruh warga masyarakat.

Visi

Unit ini harus menjadi pusat yang menyediakan rawatan barah yang berkualiti tinggi, sehingga pesakit barah berpeluang mendapat pengurusan rawatan yang terbaik.Perkhidmatan onkologi akan diberikan dengan penekanan pada ketepatan, kualiti, inovasi dan komitmen oleh pasukan pelbagai disiplin yang berdedikasi, prihatin, bertanggungjawab, cekap dan berkemahiran tinggi.

Misi

  1. Menggalakkan perkhidmatan onkologi klinikal berkualiti tinggi.
  2. Menggalakkan penjagaan pesakit kanser yang bersepadu dan holistik

Objektif

  1. Memberi perkhidmatan dan rawatan pesakit secara profesional dan berkesan,merangkumi diagnosa, perubatan dan pemulihan.
  2. Membantu pelanggan mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan agar beliau dapat menjalani kehidupan yang produktif dari segi sosial dan ekonomi.
  3. Memastikan rawatan barah yang diberikan adalah tepat pada masanya, sesuai, dan berpusatkan pesakit.
  4. Menjalankan kajian sebagai sumbangan untuk meningkatkan pengetahuan dalam sesuatu bidang onkologi dan perubatan.
  5. Menjadi pusat yang terkenal untuk latihan ahli onkologi dan profesional kesihatan sekutu yang terlibat dalam rawatan barah.
  6. Menggalakkan persekitaran kerja yang selamat untuk kakitangan, pesakit dan keluarga mereka.

Perkhidmatan Unit Onkologi & Radioterapi

Klinik Brakiterapi Hati (Setiap petang Selasa). Semua pesakit yang telah melakukan rawatan Liver Brachytherapy akan dilihat mengikut slot ini.

  • Klinik Onkologi untuk kes-kes kanser baru dan ulangan
  • Pelan rawatan kemoterapi intravena, kemoterapi oral dan kemoterapi bersamaPesakit radioterapi akan dilihat oleh doktor setiap hari Khamis untuk menilai dan merawat kesan sampingan yang berlaku sepanjang rawatan radioterapi (CCRT)

Rawatan Radioterapi

    1. External Beam Radiotherapy (EBRT)
    2. Intensity Modulated Radiotherapy (IMRT)
    3. Stereotactic Body Radiotherapy (SBRT) (lung ca)
    4. Dynamic Conformal Arc Therapy (DCAT)
    5. Stereotactic Radio Surgery (SRT/SRS)

Rawatan Brakiterapi

  1. Rawatan kanser menggunakan bahan radioaktif seperti Ir192. Dengan peralatan “afterloader”, bahan radioaktif (life source) tersebut akan masuk dan keluar melalui aplikator dan memberikan pancaran radiasi bertenaga tinggi pada jarak yang kecil. Antara brakiterapi yang dijalankan di PPUSMB IPPT :

    1. Brachytherapy cerviks (gynaecological)
    2. Brachytherapy liver
    3. Brachytherapy oesophageal
    4. Brachytherapy rectal
    5. Brachytherapy breast
    6. Brachytherapy tongue
    7. Brachytherapy neck nodes
    8. Brachytherapy lung
    9. Brachytherapy prostate
    10. Brachytherapy palliative

Waktu Operasi

  • Klinik Onkologi beroperasi dari 8.10 pagi ke 5.10 petang
  • Pesakit perlu hadir ke klinik sekurangnya 15 minit sebelum waktu temujanji.
  • Tarikh temujanji boleh di ambil melalui telefon dengan menghubungi kaunter Unit Onkologi & Radioterapi di talian 045622201/0456222033
  • Semua pesakit hendaklah diberi tarikh dan masa temujanji apabila telah membuat temujanji.
  • Arahan khusus diberi kepada pesakit sebelum hadir temujanji (membawa surat rujukan, laporan histopatologi dan laporan lain yang berkaitan)