Unit Pentadbiran PPKPK diketuai oleh Penolong Pendaftar Kanan dan dibantu oleh dua (3) orang Pembantu Perkeranian Operasi N22 dan dua orang (2) orang Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N19. Staf di Unit Pentadbiran PPKPK bertugas secara ‘multitasking, mengikut penggiliran di tiga unit utama iaitu Unit Pentadbiran PPKPK, Kaunter Pendaftaran Setempat dan Unit Rekod Perubatan.
Unit ini bertanggungjawab atas tugas-tugas pentadbiran am klinikal untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan dalaman dan luaran mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Universiti Sains Malaysia.
Diantara fungsi, tugas dan tanggungjawab Unit Pentadbiran PPKPK ialah
- Perkhidmatan Kewangan (Memproses Permohonan Pembelian)
- Pengurusan Sumber Manusia (Cuti, Latihan)
- Pengurusan Aset Klinikal
- Pengurusan Pelawat dan Acara
- Pengurusan Mesyuarat di bawah tanggungjawab klinikal