Skip to main content

Unit Kajian Klinikal

Unit Kajian Klinikal (CTU), Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia (PPUSMB), Universiti Sains Malaysia telah ditubuhkan pada Disember 2012 bermula sebagai unit klinikal bagi kajian bioekuivalens ke atas subjek sihat. Usai penubuhan CTU, pelbagai projek melibatkan ujian klinikal telah dijalankan sehingga masa kini. Ujian klinikal di IPPT tidak tertumpu kepada subjek sihat dalam kajian bioekuivalens semata-mata, tetapi juga pesakit-pesakit akut dan kronik dalam pelbagai skop kajian meliputi kepakaran yang terdapat di PPUSMB meliputi bidang perubatan seperti Onkologi, Psikiatri, Oftalmologi, Ortopedik, Pembedahan, Otorinolaringologi, Pediatrik, Perubatan Nuklear, Radiologi, Perubatan Transfusi, Hematologi, Imunologi, Patologi Kimia, Histopatologi, Perubatan Integratif, Perubatan Keluarga dan Komuniti serta kepakaran dalam bidang pergigian seperti Ortodontik, Prostodontik, Maksilofasial dan Pergigian Kanak-kanak.

Selari dengan visi dan misi CTU untuk menjadi hub kajian klinikal terpenting di Malaysia, aspirasi CTU juga adalah memastikan bahawa kajian klinikal yang dijalankan di IPPT adalah mengikut Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) iaitu Kesihatan dan Kesejahteraan Baik (SDG 3).

Visi

Menjadi pusat rujukan utama dalam menjalankan penyelidikan klinikal di Malaysia.

Misi

• Memastikan penyelidikan klinikal yang dijalankan di PPUSMB adalah selamat dan berintegriti mematuhi garis panduan ‘International Conference on Harmonization’ (ICH) – Good Clinical Practice (GCP)

• Bertindak sebagai penghubung dan menjalinkan kerjasama antara penyelidik-penyelidik IPPT / PPUSMB dengan syarikat farmasutikal anatarabangsa dan nasional, syarikat bioteknologi serta syarikat “Contract Research Organisation”.

• Mengadakan program latihan berkaitan dengan kajian klinikal dan kajian bioekuivalens bagi melahirkan penyelidik yang berpengetahuan luas serta mahir dalam menjalankan kajian klinikal.

Carta Organisasi

Jenis kajian yang dijalankan dan dipantau di Unit Kajian Klinikal

• Kajian klinikal (Clinical Trial) – Ubat-ubatan, peralatan perubatan, suplemen dan produk herba
• Kajian bioekuivalens (Bioequivalence Study)
• Kajian bioavailibiliti dan farmakokinetik
• Interaksi ubat

Kepakaran dalam Kajian Klinikal

Bidang Perubatan

  • Onkologi

  • Psikiatri

  • Oftalmologi

  • Ortopedik

  • Pembedahan

  • Otorinolaringologi

  • Pediatrik

  • Perubatan Nuklear

  • Radiologi

  • Perubatan Transfusi

  • Hematologi

  • Imunologi

  • Patologi Kimia

  • Histopatologi

  • Perubatan

  • Perubatan Keluarga

  • Perubatan Integratif

Bidang Pergigian

  • Ortodontik

  • Prostodontik

  • Oral Maxillofacial

  • Patologi Mulut

  • Pergigian Kanak-kanak

Fasiliti

Wad/ klinik berhawa dingin, 24 jam kes kecemasan, unit rawatan rapi, makmal diagnostik klinikal, farmasi, dan unit imejan.

    Hubungi Kami

    Dr. Siti Mardhiana (Unit Kajian Klinikal)
    No. Tel : 04 - 562 2615
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Sr. Nurul Kamar 
    No. Tel : 04 - 562 2645
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Muat Turun Borang

    Borang permohonan penggunaan Fasiliti PPUSMB untuk Aktiviti Penyelidikan