Skip to main content

Unit Imejan

Unit Imejan telah mula beroperasi pada tahun 2007 di Pusat Klinikal, Taman Bertam Indah dan berpindah pada tahun 2011 di Aras 2, Kompleks Penyelidikan Klinikal, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang yang kini dikenali sebagai Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB).

Unit Imejan komited memberikan perkhidmatan 24 jam kepada pesakit termasuk kes-kes kecemasan.

Selain perkhidmatan klinikal, Unit Imejan turut terlibat dalam aktiviti akademik dan latihan serta penyelidikan. Program penjaminan mutu, perlindungan sinaran dan pemantauan dos dedahan sinaran dilaksanakan bagi memastikan dos yang diterima pesakit dan pekerja berada pada tahap optimum dan perkhidmatan yang diberikan mencapai standard yang ditetapkan.

Objektif

Mewujudkan perkhidmatan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan dengan cekap, selamat dan tepat tanpa mengira masa di samping memastikan perlindungan radiasi yang maksimum mengikut prinsip as low as reasonably achievable (ALARA).

Menyokong semua program yang dijalankan berkaitan perkhidmatan klinikal, akademik dan penyelidikan di PPUSMB dan IPPT USM.

Piagam Pelanggan

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan efisyen kepada pelanggan termasuk yang berikut:

  • Temujanji untuk semua pemeriksaan radiologi akan diberikan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh terima borang.
  • Pelanggan diberikan penerangan persediaan pemeriksaan yang jelas dan mudah difahami semasa pemberian temujanji.
  • Jangkamasa pemeriksaan radiologi:

➢        Radiografi am < 1 jam

➢        Radiografi khas < 2 jam

➢        Pemeriksaan kecemasan < 45 minit

  • Laporan pemeriksaan radiologi khas akan disiapkan dalam tempoh 14 hari bekerja untuk kes elektif dan 24 jam untuk kes kecemasan.
  • Mengamalkan prinsip ALARA semasa pemeriksaan radiologi dijalankan.

Perkhidmatan

Unit Imejan menawarkan perkhidmatan radiologi dan juga prosedur intervensi kepada pesakit dalam serta luar yang dirujuk dari hospital lain. Perkhidmatan yang disediakan ialah seperti berikut:

  • General X-Ray - Radiografi Am
  • Mobile X-Ray
  • Cone Beam Computed Tomography (CBCT)
  • Orthopantomography (OPG)
  • Digital Breast Tomosynthesis Mammography
  • Ultrasonography
  • Computed Tomography Scan
  • Magnetic Resonance Imaging
  • Mobile C-Arm / Fluoroscopy

Aktiviti Bagi Peningkatan Mutu

  1. Continuous Imaging Education (ICE)
  2. Penilaian kompetensi
  3. Kursus-kursus teras, ICT dan fungsian anjuran Pusat Transformasi Insan (PTI)

Peralatan