Skip to main content

Unit Kawalan Infeksi

Sejarah pertubuhan Unit Kawalan Infeksi bermula pada tahun 2006 sehingga kini. Bagi memantapkan kualiti perawatan yang terbaik kepada pesakit yang menerima rawatan di Pusat Perubatan USM Bertam, Unit Kawalan Infeksi berperanan penting dalam memastikan amalan pencegahan dan kawalan infeksi diaplikasikan oleh setiap kakitangan penjagaan kesihatan dalam mengurangkan risiko potensi penyebaran penyakit sekaligus memenuhi tahap penjagaan pesakit dengan maksima. Unit ini berfungsi untuk memantau aktiviti klinikal yang dijalankan bagi mengurangkan Healthcare Associated Infection (HCAI) ke tahap yang minima dengan meningkatkan pengetahuan kawalan infeksi kepada semua kakitangan penjagaan kesihatan yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung semasa memberikan perawatan kepada pesakit. Unit ini dikendalikan oleh seorang Pakar Perubatan yang berkhidmat sebagai Ketua Unit, Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat dan Jururawat Kawalan Infeksi. Unit Kawalan Infeksi turut dibantu oleh Infection Control Link Nurse (ICLN)/Infection Control Link Personnel (ICLP) dalam menyelaras pemantauan pencegahan dan kawalan infeksi pada tahap yang optima.

Objektif

  • Untuk mengekalkan persekitaran yang selamat bagi kakitangan dan pesakit dengan mengurangkan risiko potensi penyebaran infeksi.
  • Memastikan semua kakitangan mematuhi dan mengaplikasi garis panduan KKM “Infection Prevention and Control: Policies and Procedures” untuk mencegah jangkitan.
  • Memberi pendidikan kesihatan, kesedaran, latihan dan pemantauan berterusan kepada pesakit, waris pesakit dan kakitangan untuk mengurangkan jangkitan nasokomial.
  • Memastikan semua kakitangan mengamalkan Standard Precaution pada bila-bila masa untuk memastikan keselamatan pesakit.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan kawalan infeksion dengan mencapai visi yang ditetapkan.

Visi

Menjadi unit yang memainkan peranan utama dalam mengurangkan jangkitan “Healthcare Associated Infections” (HcAI) di PPUSMB

Misi

Melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan kawalan infeksi dengan berkesan melalui pemantauan berterusan, latihan, pendidikan dan bimbingan bagi mengurangkan kadar jangkitan nasokomial.

Carta Organisasi

Staf Unit

Dr Suria Emilia Suhana Binti Othman Tan

Ketua Unit Kawalan Infeksi, Pakar Perubatan/ Pensyarah Perubatan

Matron Mariani Binti Yusof

Penyelia Jururawat

Kj Normah Binti Mohamad Sokri

Ketua Jururawat

Sn Siti Fatimah Binti Shari

Jururawat

Skop Perkhidmatan

Tugas-Tugas Klinikal

  • Bekerjasama rapat dengan ahli HIACC dan pasukan IC yang lain.
  • Menyelia dan menasihati kakitangan PPUSMB berdasarkan polisi KKM “Infection Prevention and Control: Policies and Procedures” untuk mencegah jangkitan.
  • Memberi nasihat berkaitan klinikal dan sokongan kepada kakitangan PPUSMB tentang isu berkaitan kawalan infeksi.
  • Memastikan keputusan makmal MDRO adalah bertepatan dan kemungkinan berlaku wabak.
  • Memberi nasihat berkaitan klinikal dan sokongan kepada pihak luar agensi lain
  • Memberi bimbingan dan sokongan kepada Infection Control Lik Nurse/ Infection Control Link Personnel.

Surveillance

  • Menyelaras aktiviti “surveillance” untuk PPUSMB
  • Mengumpul maklumat dan data yang berkaitan termasuk kajian Point Prevalence mengenai HCAI, audit antibiotik, kepatuhan “hand hygiene” dan lain-lain

Penyelarasan / Pengurusan aktiviti kawalan infeksi

  • Kenal pasti potensi jangkitan dan cadangkan tindakan pemulihan yang sesuai kepada kakitangan yang berkaitan.
  • Mengenali, menyiasat dan melaksanakan langkah kawalan segera semasa wabak.
  • Bekerjasama dengan Pakar Perubatan/Pegawai Perubatan mengenai rutin pemantauan unit penjagaan kritikal.

Pentadbiran

  • Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan polisi kawalan infeksi.
  • Pantau pematuhan polisi kawalan infeksi, termasuk aktiviti berkaitan secara langsung dengan audit.
  • Menyediakan laporan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pendidikan

  • Mengambil bahagian dalam program pengajaran untuk semua kakitangan PPUSMB.
  • Sentiasa mengikuti perkembangan terkini dengan membaca literatur yang berkaitan dan menghadiri kursus, mesyuarat dan pameran yang sesuai.
  • Nasihat kakitangan berkaitan bahaya mikrobiologi dalam kesihatan pekerjaan keselamatan dan isu berkaitan dalam kawalan infeksi.
  • Menyertai dan menyelaras kempen pendidikan berkaitan kawalan infeksi.

Penyelidikan dan Aktiviti Peningkatan Kualiti

  • Menyertai projek penyelidikan yang berkaitan kawalan infeksi.
  • Melaksanakan audit klinikal/projek peningkatan kualiti mengenai aktiviti kawalan infeksi dan menilai keberkesanannya.

Polisi dan Panduan

Aktiviti dan Galeri

Video

Hubungi kami

Unit Kawalan Infeksi

Pusat Perubatan USM Bertam

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

Universiti Sains Malaysia

13200 Bertam

Kepala Batas, Pulau Pinang

Tel No: 04-5622550, 04-5622509

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Waktu Operasi

Isnin-Khamis     8.10pg – 1.00ptg

                              2.00ptg – 5.10ptg

Jumaat                 8.10pg – 12.15ptg

                              2.45pm – 5.10pm

DITUTUP PADA SABTU, AHAD DAN HARI KELEPASAN AM