Skip to main content

Unit Rekod Perubatan

Unit Rekod Perubatan PPUSM diketuai oleh seorang Penolong Pendaftar Kanan dan dibantu oleh seorang (1) Staf Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi (PTPO) secara tetap dan dua(2) staf PTPO secara penggiliran.

Fungsi utama Unit Rekod Perubatan ialah mengurus rekod dan folder pesakit, menyimpan dan mengawal, menjaga kerahsiaan maklumat dan rekod kesihatan, menjaga ketepatan data dan demografik pesakit, menyediakan statistik hospital (klinikal dan bukan klinikal) untuk pihak pengurusan tertinggi,  penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran.

Sejajar dengan perkembangan PPUSMB, folder pesakit semakin bertambah dan sehingga Disember 2022 sebanyak 8705 folder aktif sedang diuruskan mengikut garis panduan, tatacara dan polisi Rekod Perubatan.

Diantara aktiviti utama Unit Rekod Perubatan ialah:

  • Menyediakan rekod pesakit untuk rawatan, penyelidikan dan pembelajaran
  • Menjilid rekod pesakit dalam
  • Mengurus permohonan Laporan Perubatan Pesakit
  • Mengumpul dan menganalisa statistik hospital
  • Menyediakan maklumat klinikal dan bukan klinikal
  • Pengurusan borang-borang rekod pesakit

Melaporkan kes-kes penyakit berjangkit dan kanser kepada Pejabat Kesihatan Negeri