Skip to main content

Unit Perubatan

Unit Perubatan bertanggungjawab menyelaras perkhidmatan klinikal di Pusat Perubatan USM Bertam untuk memenuhi fungsi sebagai hospital pendidikan, pengajaran dan penyelidikan bagi Universiti Sains Malaysia di samping memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan serta sebagai pusat rujukan bagi faedah masyarakat.

Visi

Unit Perubatan bertekad untuk tampil sebagai unit kecemerlangan yang dihormati dalam perkhidmatan klinikal serta unggul dalam pendidikan akademik dan penyelidikan perubatan.

Misi

Memberi perkhidmatan klinikal berkualiti, cekap, tepat dan selamat kepada pesakit berteraskan pakar perubatan yang berpengalaman dan kakitangan yang berkemahiran di samping kemudahan perubatan teknologi terkini.

Matlamat

  • Mengenalpasti dan menghormati hak-hak pesakit untuk menerima rawatan yang sewajarnya bagi memperbaiki tahap kesihatan.
  • Memberikan kemudahan perubatan yang berdasarkan bukti dan berorientasikan pasakit.
  • Mengadakan pendidikan perubatan berterusan melalui Pembelajaran Perubatan Berterusan dan memastikan kakitangan mengikuti latihan lanjutan bagi melahirkan kakitangan yang cekap dalam melaksanakan tugas.
  • Memastikan program pengajaran yang bersesuaian kepada para pelajar meliputi teori dan praktikal dalam melahirkan graduan yang cekap dan berkeyakinan.
  • Menjalankan aktiviti penyelidikan perubatan yang berterusan bagi mengenalpasti kaedah perawatan terkini yang dapat membantu memperbaiki kualiti kesihatan pesakit.
  • Bekerjasama dengan semua pusat pengajian dan jabatan di USM bagi aktiviti pembelajaran dan penyelidikan.
  • Bekerjasama dengan mana mana agensi kerajaan dan swasta bagi memajukan bidang kesihatan di dalam dan luar negara tertakluk kepada kebenaran pihak universiti.

Unit Sub-Kepakaran dan Perkhidmatan Klinikal

  1. Unit Perubatan Dalam
  2. Unit Perubatan Nefrologi
  3. Unit Perubatan Kanak-Kanak
  4. Unit Perubatan Kanak-Kanak (Penyakit Immunodefisiensi Primer)
  5. Unit Perubatan Keluarga
  6. Unit Perubatan Keluarga (Obesiti)

7.  Unit Perubatan Kesihatan Awam
8.  Unit Perubatan Kesihatan Mental
9.  Pekhidmatan Klinik Pakar Perunding
10. Perkhidmatan Pesakit Dalam
11. Perkhidmatan Wad Terbuka 24 jam/ ‘Daycare’