Unit Kerja Sosial Perubatan
“Kerja sosial ialah profesion berasaskan amalan dan disiplin akademik yang menggalakkan perubahan dan pembangunan sosial, perpaduan sosial, dan pemerkasaan serta pembebasan manusia. Prinsip keadilan sosial, hak asasi manusia, tanggungjawab kolektif dan menghormati kepelbagaian adalah teras kepada kerja sosial. Didasari oleh teori kerja sosial, sains sosial, kemanusiaan dan pengetahuan peribumi, kerja sosial melibatkan orang dan struktur untuk menangani cabaran hidup dan meningkatkan kesejahteraan. Takrifan di atas boleh diperkuatkan di peringkat kebangsaan dan/atau serantau“
Unit Kerja Sosial Perubatan telah ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan kerja sosial perubatan dan membantu IPPT dalam menyediakan penjagaan sokongan yang komprehensif kepada pesakit. Unit ini membantu menyelesaikan masalah dan pemulihan pesakit dalam aspek bio-psikososial agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang proaktif, berkualiti dan berdikari dengan had kemampuan yang disebabkan oleh penyakit tersebut.
Unit Kerja Sosial Perubatan yang terletak di Aras 3 di Pejabat Pengurusan Klinikal. Ia terdiri daripada dua kakitangan iaitu seorang Pegawai Sosial Perubatan (S44) dan seorang Penolong Pegawai Kerja Sosial Perubatan (S29). Perkhidmatan diberikan kepada pesakit apabila menerima rujukan daripada Jabatan Doktor dan Bursari. Pesakit atau ahli keluarga juga boleh meminta rujukan jika memerlukan sebarang perkhidmatan sosial daripada Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Perkhidmatan tersedia untuk pesakit dalam dan pesakit luar. Perkhidmatan psikososial untuk pesakit yang dirujuk akan mendapat maklum balas dalam tempoh 2 hari bekerja. Dokumen sokongan yang lengkap dan laporan sosioekonomi untuk permohonan dengan agensi pembiayaan akan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja.