Skip to main content

Unit Pendidikan Kesihatan

Unit ini ditubuhkan pada 1 Julai 2021 di bawah perkhidmatan Bahagian Klinikal IPPT. Ia bertujuan untuk memberi pendidikan kesihatan kepada semua lapisan masyarakat. Ceramah kesihatan diadakan pada setiap bulan sama ada secara atas talian atau bersemuka. Ceramah akan diadakan pada hari Rabu jam tiga petang.

Objektif

  1. Memberi informasi kesihatan terkini melalui ceramah pada setiap bulan.
  2. Perkongsian ilmu secara percuma oleh pakar pakar perubatan dan pergigian.
  3. Memberi peluang kepada kakitangan USM untuk mendapatkan mata CPD melalui pembelajaran berterusan.
  4. Menjalankan khidmat masyarakat pada masa tertentu.

Warna ungu mewakili USM dan warna oren mewakili masyarakat umum. Logo ini menunjukkan USM sentiasa bergandingan dengan masyarakat umum dalam memperkasakan kesihatan masyarakat.

Visi

Menjadi peneraju dalam penyampaian pendidikan kesihatan kepada semua lapisan masyarakat.

 

Misi

Memfokuskan pendidikan kesihatan melalui ceramah dan khidmat masyarakat.