Skip to main content

Unit Perubatan Transfusi

Unit Perubatan Transfusi telah memulakan operasi di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju sejak tahun 2008 dengan mula menawarkan ujian-ujian berkaitan imunohematologi. Unit ini mula menerima penderma darah yang pertama pada tahun 2013. Selaras dengan perkembangan perkhidmatan transfusi dalam negara yang menitikberatkan aspek kualiti, unit ini telah mendapat pengiktirafan ISO 15189 dalam skop imunohematologi pada tahun 2016. Unit ini terletak di Seksyen Makmal Diagnostik Termaju, Pusat Perubatan USM Bertam.

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan perubatan transfusi yang berkualiti dan selamat
  • Menyediakan latihan serta aktiviti penyelidikan berkaitan bidang perubatan transfusi

Perkhidmatan yang Disediakan

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah aktiviti pendermaan darah, pemprosesan darah serta penyediaan komponen darah dan pembekalan darah untuk tujuan transfusi kepada pesakit. Unit ini juga menjalankan ujian imunohematologi dan juga aktiviti berkaitan pengumpulan sel tunjang.