Skip to main content

Unit Kejururawatan

Unit Perkhidmatan Kejururawatan merupakan salah satu daripada struktur organisasi yang berada di bawah Bahagian Perkhidmatan Klinikal, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT). Unit ini telah mula beroperasi pada tahun 2003.  Unit ini  bertanggungjawab menyediakan dan memastikan perkhidmatan perawatan pesakit yang berkualiti mengikut standard perawatan yang optima serta menyelaras penggunaan sumber tenaga anggota kejururawatan sediada bagi melaksanakan perawatan pesakit mengikut keperluan perkhidmatan pesakit di IPPT.

Unit ini dikendalikan oleh seorang  Jururawat U44 serta dua orang jururawat U36 yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal perkhidmatan kejururawatan dan penyelidikan kejururawatan di IPPT. Unit ini juga bertanggungjawab terhadap segala hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di IPPT. Pengurusan dan pentadbiran kejururawatan meliputi aktiviti penyeliaan, pemantauan perkhidmatan, kawalan infeksi, latihan dalam perkhidmatan, dan program khidmat masyarakat.

Selain perkhidmatan kejururawatan di IPPT, unit ini juga menguruskan staf kejururawatan yang menjalani penempatan di hospital-hospital lain samada dalam negara atau di luar negara mengikut keperluan perkhidmatan. Program penempatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada staf kejururawatan terhadap penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu mengikut keperluan perkhidmatan klinikal disamping meningkatkan pengetahuan untuk pembangunan organisasi.

VISI

Ke arah kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan perawatan pesakit yang berkualiti, holistik dan lestari.

MISI

Memberi dan mengurus perkhidmatan perawatan yang berkualiti tinggi, holistik dan lestari merangkumi aspek-aspek promosi kesihatan, pencegahan, perawatan dan penyembuhan penyakit berpandukan kepada nilai-nilai kemanusiaan dengan menitikberatkan kepuasan pelanggan.

OBJEKTIF

  • Melaksanakan amalan kejururawatan yang selamat dengan mematuhi standard (piawaian) amalan kejururawatan seperti yang telah ditetapkan.
  • Merancang strategi mempromosi penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat supaya berupaya memberi pendidikan kesihatan secara berterusan yang efektif dalam komuniti.
  • Menyediakan staf yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi ke arah mempertingkatkan mutu amalan kejururawatan melalui  pendidikan yang berterusan dalam bidang kejururawatan.
  • Mengamalkan budaya kerja berpasukan, cekap dan bersefahaman dengan semua pihak  dalam suasana kondusif untuk mencapai objektif perkhidmatan kejururawatan  yang berkualiti.
  • Menyediakan fasiliti pembelajaran yang kondusif bagi memantapkan  kemahiran berterusan dalam kalangan staf kejururawatan dan sokongan lain.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan di peringkat organisasi dan komuniti

Unit Kualiti Kejururawatan

  • SKOP PERKHIDMATAN:
    Unit Kualiti Kejururawatan IPPT telah ditubuhkan  pada awal tahun 2013 bagi tujuan penyelarasan semua aktiviti-aktiviti berkaitan kualiti dan menjadi rujukan bagi memberi maklumat berkaitan aktiviti kualiti dan juga sebagai persediaan ke arah mencapai pengikhtirafan MS ISO 9001 : 2015.

    Fungsi Unit
  • Menyelaras dan mengendalikan dokumen-dokumen berkaitan perkhidmatan kejururawatan bagi uni-unit di bawah tanggungjawab Unit Perkhidmatan Kejururawatan IPPT .
  •  Bertanggungjawabkan menjalankan tugas-tugas dalam pengurusan dokumen-dokumen kualiti kejururawatan serta menyelaras aktiviti kualiti di peringkat unit.
  • Membantu dalam penyediaan dokumen dibuat selaras dengan persediaan ke arah pensijilan MS ISO 9001 : 2008 yang sedang dalam proses perlaksanaan di IPPT.
  • Menyimpan dan menyediakan buku-buku serta dokumen-dokumen rujukan bagi unit-unit kejururawatan IPPT.
  • Mengumpul dan menyelaras statistik pesakit setiap bulan dan dihantar ke Unit Rekod Perubatan dan Unit Perkhidmatan Kejururawatan.    

    HUBUNGI KAMI: 04-562-2643/2644

Unit Latihan Kejururawatan

SKOP PERKHIDMATAN:        
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan Kejururawatan mula ditubuh pada 6 Januari 2009  di bawah Unit Perkhidmatan Kejururawatan. Unit ini di selia oleh seorang Penyelia jururawat U36 dan seorang jururawat U32. Unit ini ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras semua aktiviti latihan yang berkaitan dengan staf kejururawatan. Unit ini  juga   merancang keperluan latihan staf bagi meningkatkan dan mengekalkan tahap pengetahuan dan kemahiran kakitangan kejururawatan  melalui latihan yang dijalankan di samping memberi penekanan dalam pembangunan modal insan agar melahirkan anggota yang dilengkapi dengan kemahiran, pengetahuan dan profesionalisme dalam bidang tugas klinikal dan bukan klinikal.

FUNGSI UNIT

  • Menguruskan dan membantu pelaksanaan aktiviti latihan kejurawatan juga aktiviti kerjasama dengan unit-unit dalaman IPPT.
  • Memgamaskini/merekod  mata CPD staf kejururawatan yang hadir kursus dalaman IPPT  dalam sistem MY CPD online.
  • Menjadi sumber rujukan ,melancarkan dan menyelesaikan pengurusan berkenaan latihan yang dijalankan oleh unit kejururawatan dan IPPT juga USM amnya.
  • Membantu staf kejururawatan untuk hadir kursus-kursus di USM  dan kursus luaran dari USM.
  • Menyelaras aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan  ( LDP ) termasuk program hari jururawat setiap tahun ( 12 Mei ) dan juga aktiviti Persatuan Jururawat  Malaysia dan Persatuan Jururawat  Cawangan Pulau Pinang.
  • Menyelaras CPD IPPT  dan CPD KKM untuk permohonan Akuan Pengamalan Tahunan Jururawat.
  • Melaporkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti latihan Kejurawatan.
  • Melaporkan prestasi perbelanjaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

    HUBUNGI KAMI: 04-562 2508

Carta Organisasi

AKTIVITI DAN GALERI

HUBUNGI KAMI

Unit Kejururawatan,

Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB)

Universiti Sains Malaysia

Kepala Batas Pulau Pinang.

04-5622643/2644 , 04-5622508

WAKTU OPERASI

Isnin- Khamis  : 8.10pagi -1.00petang

                        : 2.00petang-5.10 petang

Jumaat            : 8.10pagi- 12.15petang

                       : 2.45 petang -5.10 petang

Ditutup pada Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan AM