Unit Kecemasan

Unit kecemasan Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB telah ditubuhkan sejak Januari 2022. Ini selaras dengan aspirasi Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB untuk mengembangkan perkhidmatannya kepada penduduk setempat. Unit Kecemasan Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB berfungsi 24jam sehari 365 hari setahun.
Unit kecemasan Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB menerima kes-kes kecemasan dari kategori hijau, kuning dan merah. Kes-kes bukan kecemasan juga boleh dirawat di Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB tetapi dikenakan caj dibawah poliklinik ‘Executive Health Service’ yang juga ditempatkan di unit kecemasan.
Untuk kes-kes kecemasan di bawah kategori merah, hanya kes-kes tertentu tertakluk kepada ketersediaan perkhidmatan Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB diterima masuk ke wad. Jika kes-kes tidak dapat dirawat sebagai pesakit wad atau unit rawatan rapi Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB, pesakit akan distabilkan keadaan mereka sebelum dihantar keluar ke fasiliti kerajaan terdekat.
Unit kecemasan diterajui oleh pegawai perubatan dan kakitangan sokongan yang berpengalaman. Sebarang persoalan bolehlah menghubungi : 045622666
