Unit pembedahan dan anestesiologi telah berfungsi sejak pembukaan bangunan Kompleks Penyelidikan, Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB, USM. Bermula dengan kes-kes pembedahan minor di bawah bius setempat, unit ini berkembang dengan memberikan rawatan pembedahan kes-kes major, pembiusan penuh dan penjagaan unit rawatan rapi.
Fungsi unit pembedahan dan anestesiologi adalah:
- Bertanggungjawab ke atas pesakit pembedahan dan anestesiologi di Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB
- Memenuhi aspirasi sebagai hospital pengajar, penyelidikan dan pendidikan berterusan Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB
- Menjadi pusat rujukan dikawasan sekitar untuk kepakaran yang disediakan
- Berkerjasama unit-unit lain dalam memastikan kemaslahatan pesakit sentiasa terjaga