Skip to main content

Soalan lazim berkenaan perkhidmatan kesihatan di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser

S1. Apakah perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser

Secara keseluruhannya Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM menawarkan pelbagai kepakaran perubatan termasuk perubatan dalaman, pakar kanak-kanak (pediatrik), pembedahan am, hepatobiliari dan payudara, perawatan kanser (onkologi), pengimejan serta rawatan pergigian.

Selain itu, Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM juga menawarkan Perkhidmatan Kesihatan Eksekutif (Executive Health Service, EHS) iaitu perkhidmatan kepakaran berbayar bertaraf eksekutif. Perkhidmatan EHS ini menerima pesakit secara temujanji atau hadir terus (walk-in) (tanpa temujanji).  Nombor talian Kaunter EHS untuk dihubungi ialah 04-562-2911/2912.

S2. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan rawatan kepakaran di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser?

Untuk mendapatkan rawatan di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser, anda boleh mendapatkan temujanji di klinik menggunakan surat rujukan dari mana-mana Klinik Kesihatan, Hospital Kerajaan atau klinik/hospital swasta. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Kaunter Pendaftaran di talian 04-562 2610/2611.

S3. Siapakah yang boleh mendapatkan rawatan di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser?

Semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara boleh mendapatkan rawatan di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser

S4. Adakah saya perlu membayar kos rawatan saya?

Jika anda staf USM, kos rawatan tertakluk kepada skim kemudahan perubatan warga USM (staf)

Jika anda pelajar USM warganegara Malaysia, kos rawatan akan dibiayai oleh Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA). Untuk keterangan lanjut sila hubungi bahagian BHEPA berdekatan anda.

Jika anda pesara USM, kos rawatan tertakluk kepada skim kemudahan perubatan warga USM (pesara).

Jika anda kakitangan/pesara kerajaan, kos rawatan tertakluk kepada skim kemudahan perubatan kakitangan awam

Jika anda kakitangan syarikat milik kerajaan/institusi yang diperbadankan/kakitangan kerajaan negeri, mohon rujuk kepada Unit Hasil dan Taksiran Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM di talian 04-5622063 untuk mendapatkan maklumat terkini tentang kemudahan yang layak diterima.

Jika anda kakitangan swasta, bil rawatan sepenuhnya perlu dibayar.

Jika anda tidak bekerja/tidak mampu/tiada keupayaan kewangan, sila rujuk soalan S5.

S5. Saya kurang berkemampuan dan mempunyai kekangan kewangan. Adakah saya boleh mendapatkan rawatan di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser?

YA. Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanserterbuka untuk semua golongan sama ada yang bekerja atau tidak. Sekiranya pesakit mempunyai masalah kewangan untuk membuat pembayaran, pesakit akan dirujuk kepada Pegawai di Unit Kerja Sosial Perubatan supaya status kewangan semasa dapat diteliti dan bantuan yang sewajarnyanya dapat dipertimbangkan.

S6. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil rawatan di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser?

Bagi pemegang kad bantuan atau surat pengesahan majikan (Guarantee Letter/GL), kebajikan masyarakat, Orang Kurang Upaya, pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan, pemotongan atau pengecualian bil rawatan boleh dipertimbangkan.

S7. Adakah saya boleh menggunakan kad insuran kesihatan untuk membayar kos rawatan sebagai pesakit dalam hospital?

Sila rujuk Kaunter EHS untuk mendapatkan maklumat terkini di talian 04-562-2911/2912.

S8. Apakah waktu operasi perkhidmatan kesihatan di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser?

Waktu operasi unit kecemasan dan wad pesakit dalam adalah 24 jam pada setiap hari termasuk hari minggu dan cuti umum.

Waktu operasi klinik pakar adalah

Isnin hingga Khamis        : 8.10 am - 1.00 pm DAN 2.00 pm - 5.00 pm

Jumaat                       : 8.10 am - 12.15 pm DAN 2.45 pm - 5.00 pm

Waktu operasi Perkhidmatan Kesihatan Eksekutif (EHS) adalah 24 jam pada setiap hari termasuk hari minggu dan cuti umum.

S9. Adakah Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser adalah hospital kerajaan?

TIDAK. Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

S10. Adakah Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser mempunyai wad mengikut kelas?

TIDAK. Wad di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser adalah jenis bilik katil perseorangan atau berdua.

S11. Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?

YA. Ibu/bapa/penjaga dibenarkan menunggu/menjaga jika pesakit ialah kanak-kanak. Manakala untuk pesakit dewasa, ibu/bapa/penjaga hanya dibenarkan untuk menunggu/menjaga pesakit yang tenat dan berkeperluan khas sahaja.

S12. Berapakah caj kemasukan atau cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara?

Maklumat kadar caj boleh diperolehi dengan menghubungi Kaunter Unit Hasil dan Taksiran di talian 04-562 2603.

S13. Apakah kes-kes kecemasan yang dirawat di Unit Kecemasan Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser?

Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser menerima semua kes-kes kecemasan namun sekiranya kes didapati kritikal dan tidak dapat dikendalikan secara optimum di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser, maka kes akan dirujuk ke hospital berpakar yang berhampiran.

S14. Adakah pihak Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit/waris?

TIDAK. Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu, pesakit/waris dinasihatkan untuk tidak membawa sebarang barangan berharga.

S15. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran?

Kad Kebajikan Masyarakat, Kad OKU, Kad Pesara, surat sekolah atau surat pengesahan majikan (GL) bagi kakitangan kerajaan.

S16. Bilakah masa melawat bagi wad di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser?

Masa melawat Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser adalah seperti berikut:

Isnin hingga Jumaat     : 1.00 pm - 2.00 pm DAN 5.00 pm - 7.00 pm

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum       : 1.00 pm hingga 7.00 pm

S17. Adakah klinik pergigian beroperasi 24 jam?

Klinik beroperasi Isnin - Jumaat jam 8.10 pagi - 5.10 petang.

S18. Apakah jenis rawatan pergigian yang disediakan?

Rawatan pergigian am (cabutan, tampalan, penskaleran).

Rawatan kepakaran pergigian ( ortodontik, prostodontik, pakar bedah mulut, pergigian peadiatrik, perubatan mulut dan patologi).

S19. Adakah perlu temujanji untuk dapatkan rawatan?

Boleh hubungi di talian 04-5622288 untuk dapatkan temujanji atau hadir pada hari Jumaat pagi untuk ‘walk in’

S20. Bagaimana saya ingin mendapatkan rawatan pergigian di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser?

Boleh hubungi kaunter pergigian di talian 04-5622288, atau dapatkan surat rujukan untuk mendapatkan rawatan kepakaran.

S21. Adakah klinik beroperasi pada hujung minggu?

Klinik beroperasi Isnin - Jumaat jam 8.10 pagi - 5.10 petang.
 

S22. Adakah saya boleh datang tanpa temujanji?

Boleh hadir ke klinik pada hari Jumaat pagi sahaja untuk kes ‘walk in’.

S24. Apa yang saya perlu lakukan jika berlaku kecemasan seperti trauma, jangkitan atau bengkak/abses atau perdarahan selepas cabutan?

Boleh hubungi di talian 04-5622288 dan datang segera ke Klinik Pergigian atau terus ke Kaunter Kecemasan sekiranya berlaku selepas waktu pejabat.
 

Nota:

Maklumat ini tertakluk kepada sebarang perubahan atau peraturan Pusat Perubatan USM Bertam dan USM dari masa ke semasa tanpa notis.