Skip to main content

Unit Dietetik dan Pemakanan

Unit Dietetik dan Pemakanan merupakan salah satu unit di bawah perkhidmatan sokongan hospital. Unit ini mempunyai dua (2) skop perkhidmatan iaitu:
- Perkhidmatan dietetik klinikal
- Perkhidmatan penyediaan makanan

Perkhidmatan Dietetik Klinikal

Perkhidmatan dietetik klinikal menyediakan perkhidmatan kaunseling pemakanan kepada pesakit luar dan pesakit dalam yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan, Pakar Perubatan atau Pakar. Tujuan perkhidmatan tersebut adalah untuk memberi pendidikan dan pemahaman tentang amalan pemakanan yang betul, memantau tahap pemakanan dari semasa ke semasa serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui corak pemakanan dan aktiviti fizikal.

Klinik Dietetik

1. Memberi perkhidmatan kaunseling pemakanan kepada pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan, Pakar Perubatan atau Pakar.
2. Kaunseling pemakanan dijalankan secara individu atau bersama keluarga pesakit.
3. Pelanggan Klinik Dietetik terdiri daripada pesakit luar yang datang ke Klinik IPPT.
4. Kaunseling pemakanan juga diberikan kepada pesakit dalam yang berada di wad, Unit Jagaan Harian dan Unit Rawatan Rapi.

Perkhidmatan Penyediaan Makanan

Membekalkan diet (makanan) kepada pesakit di wad dan juga kepada kakitangan yang berkelayakan, serta menyediakan bekalan makanan kering kepada kakitangan bertugas malam. Diet yang dibekalkan kepada pesakit merangkumi empat (4) waktu makan iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Berikut adalah waktu makan di wad bagi setiap hidangan:-

Sarapan 8.00 - 8.30 pagi
Makan tengah hari 12.00 - 12.30 tengahari
Minum Petang 3.00 - 3.30 petang
Makan malam 5.00 - 5.30 petang

Pemakanan pesakit dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima daripada wad. Selain itu, makanan kering akan diberikan setiap hari kepada kakitangan bertugas malam.