Skip to main content

PUSAT PAKAR KLINIKAL DAN PENYELIDIKAN KANSER USM

Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM merupakan penjenamaan semula perkhidmatan klinikal yang beroperasi di Kompleks Penyelidikan Klinikal, Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM di bawah Universiti Sains Malaysia (USM).

Sejarah awal penubuhan PPKPK pada tahun 2002 adalah sebagai sebuah institusi untuk berfungsi sebagai pemangkin utama dalam melahirkan pakar dan saintis perubatan dan pergigian yang kompeten, holistik dan kontemporari dalam amalan dan profesion mereka serta mampu menjana penemuan baharu dalam bidang perubatan dan pergigian.

PPKPK merupakan salah satu pusat kecemerlangan (Centre of Excellence) yang menawarkan perkhidmatan kepakaran perubatan dan pergigian di samping menjalankan program-program akademik dan penyelidikan dalam pelbagai bidang berkaitan sains perubatan dan kesihatan.

Perkhidmatan Klinikal di IPusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM telah dilancarkan sejak tahun 2004. Ia telah beroperasi sebagai sebuah pusat kajian klinikal di samping menyediakan perkhidmatan kesihatan awam bagi kes-kes rujukan mendapatkan temujanji dengan pakar perubatan USM.

Kini, perkhidmatan klinikal di PPKPK telah berkembang menjadi sebuah Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM yang menawarkan pelbagai kepakaran perubatan termasuk perubatan dalaman, perawatan kanak-kanak (pediatrik), pembedahan am dan payudara, perawatan kanser (onkologi), pengimejan serta rawatan kepakaran pergigian.

Kecemerlangan dalam bidang brakiterapi ini telah mendapat perhatian dan pengiktirafan oleh BrachyAcademy iaitu sebuah badan profesional brakiterapi berpangkalan di Belanda yang telah memberikan akreditasi sebagai Pusat Latihan dan Penyelidikan Antarabangsa BrachyAcademy sejak 2020.

Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM di Bertam ini merupakan cawangan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan. Penjenamaan semula Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM secara dasarnya telah diluluskan oleh Lembaga Gabenor Universiti pada 21 April 2022. Manakala penubuhan Pusat Perubatan USM Bertam sebagai sebuah PTJ telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti ke-201 Bil. 9/2022 pada hari Rabu, 19 Oktober 2022.

Perkhidmatan Brakiterapi Lidah Pertama di Malaysia

Perkhidmatan onkologi di PPKPK telah menerima rujukan dari seluruh Malaysia terutamanya di utara tanah air. PPKPK merupakan satu-satunya fasiliti kerajaan yang mempunyai mesin pemecut linear atau di kenali sebagai LINAC di Radioterapi untuk rawatan pesakit kanser. Perkhidmatan Onkologi juga menjalankan perkhidmatan brakiterapi dan telah diiktiraf sebagai satu-satunya pusat rawatan dan pendidikan BrachyAcademy di Asia Tenggara oleh BrachyAcademy, Belanda. Ini membolehkan perkembangan ilmu dan teknologi dilakukan yang mana pakar PPKPK telah berjaya mencipta beberapa teknik brakiterapi termasuklah teknik HYBIRT untuk kanser lidah. Sehingga kini, hampir 1000 pesakit dari seluruh negara dan dari dari Indonesia dan Australia telah dirujuk ke sini untuk sesi perundingan dan sejumlah hampir 600 pesakit telah menjalani prosedur brakiterapi di sini.

Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM Ungguli Rawatan Brakiterapi Untuk Rawat Kanser Lidah, Hati Dan Sarcoma

Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM, Universiti Sains Malaysia menjadi satu-satunya pusat perubatan di Asia Tenggara yang menawarkan kaedah rawatan brakiterapi untuk kanser hati, oral (mulut) dan sarkoma (tisu lembut).


Liputan Media

MAJLIS PERASMIAN PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN BRACHYACADEMY DI PPKPK USM

KEPALA BATAS PULAU PINANG, 2 Julai 2024 - Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir hari ini meluangkan masa melawat ke Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM dan meraikan para pesakit kanser bersama warga staf Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM bersempena dengan Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan Pendidikan BrachyAcademy (BrachyAcademy Educational Centre of Excellence).

Liputan Penuh

'SYUKUR TAK PERLU POTONG LIDAH'

Kepala Batas: Guru lelaki yang disahkan menghidap kanser menarik nafas lega selepas rawatan brakiterapi yang dijalaninya di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM di Bertam, di sini bukan sahaja menyembuhkan penyakitnya namun menyelamatkan lidahnya dari dipotong.

Hasbullah Rashid, 42 yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Paya Besar di Kulim, Kedah disahkan menghidap kanser berkenaan pada 2018.

Liputan Penuh

Sorotan Berita

PPUSMB BerKERJASAMA DENGAN JABATAN KESIHATAN NEGERI

PPUSMB BERTAM, 06 Feb 2025

Hari Kanser Sedunia : KEUNIKAN JURURAWAT MEMERANGI KANSER

PPUSMB BERTAM, 04 Feb 2025

LAWATAN TKSU (D) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) KE PPUSMB

PPUSMB BERTAM, 23 JAN 2025

PENGARAH IPPT DAN PPUSMB SANTUNI PARA PESAKIT PALIATIF

PPUSMB BERTAM, 23 DEC 2024

MINGGU KELESTARIAN IPPT DAN PPUSMB DISAMBUT JAYANYA

PPUSMB BERTAM, 20 DEC 2024

Lokasi PPKPK

Hubungi Kami

PPKPK
Universiti Sains Malaysia,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang   
Tel : +604 - 562 2888   
Kecemasan: +604-562 2655
Security Hotline: +604-562 2999
(24 hours)
Admin

Maklumbalas Pelanggan