Skip to main content

PPUSMB TERIMA LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG PERKUKUHKAN INTEGRASI DALAM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN ANTARA JKN DAN PPUSMB

BERTAM, PULAU PINANG, 09 Oktober 2024- PPUSMB hari ini, menerima lawatan kunjungan dari Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang yang membuat kunjungan hormat ke Pusat Perubatan USM Bertam, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju.

Delegasi lawatan disambut baik oleh Profesor Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim merupakan Timbalan Pengarah (Klinikal, Kelestarian & Piawaian) PPUSMB; Profesor Madya Dr. Norehan Mokhtar selaku Ketua Bahagian Perkhidmatan Pergigian PPUSMB bersama Ketua-Ketua Unit PPUSMB.

Antara intipati kunjungan adalah untuk meninjau usaha ke arah integrasi penyampaian perkhidmatan kesihatan di Pulau Pinang selaras dengan Dasar Kesihatan Pergigian. Turut dininbangkan ialah strategi mengoptimakan sumber seperti kepakaran dan fasiliti di antara Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dan PPUSMB.

Seramai lima orang delegasi yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr Fazilah Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang JKN Pulau Pinang; Dr. Rozihan Mat Hasan@Husin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Bahagian Kesihatan Pergigian JKN Pulau Pinang; Dr. Tan Suk Mei, Pegawai Pergigian, Bahagian Kesihatan Pergigian JKN Pulau Pinang,  Dr. Vinoven Kuna a/l Kunasagaran, Pegawai Pergigian, Bahagian Kesihatan Pergigian JKN Pulau Pinang dan Encik Mohd Salehuddin bin Mat II, Juruteknologi Pergigian Bahagian Kesihatan Pergigian JKN Pulau Pinang.

Semua delegasi yang hadir kemudiannya dibawa melawat ke Klinik Perubatan Pakar, Klinik Pergigian Pakar, Unit Rehabilitasi, Unit Onkologi, Unit Perubatan Nuklear, Makmal Diagnostik Klinikal, Unit Imejan dan Unit Persakit Dalam PPUSMB.

Melalui lawatan delegasi ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan integrasi penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian antara Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dan Pusat Perubatan USM Bertam dalam usaha mencapai Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan di samping memperkenalkan perkhidmatan PPUSMB, kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Teks disediakan oleh :  Sharifah Fawziah Al-Gadri Syed Mahdzor & Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh   :  Profesor Madya Dr. Norehan Mokhtar
Foto: Norizan Ishak

Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
09 Oktober 2024