Fisioterapi merangkumi rawatan khusus atau terapeutik rangsangan untuk pesakit yang menghadapi masalah fizikal. Kami menyediakan perkhidmatan untuk unit rawatan rapi, Wad dan pesakit luar dengan keadaan seperti Muskuloskeletal, Pediatrik, Kardiorespiratori, Neurologi, Ginekologi, Geriatrik dan kecederaan Sukan.