Unit kecemasan PPUSMB telah ditubuhkan sejak Januari 2022. Ini selaras dengan aspirasi PPUSMB untuk mengembangkan perkhidmatannya kepada penduduk setempat. Unit Kecemasan PPUSMB berfungsi 24jam sehari 365 hari setahun.
Unit kecemasan PPUSMB menerima kes-kes kecemasan dari kategori hijau, kuning dan merah. Kes-kes bukan kecemasan juga boleh dirawat di PPUSMB tetapi dikenakan caj dibawah poliklinik ‘Executive Health Service’ yang juga ditempatkan di unit kecemasan.
Untuk kes-kes kecemasan di bawah kategori merah, hanya kes-kes tertentu tertakluk kepada ketersediaan perkhidmatan PPUSMB diterima masuk ke wad. Jika kes-kes tidak dapat dirawat sebagai pesakit wad atau unit rawatan rapi PPUSMB, pesakit akan distabilkan keadaan mereka sebelum dihantar keluar ke fasiliti kerajaan terdekat.
Unit kecemasan diterajui oleh pegawai perubatan dan kakitangan sokongan yang berpengalaman. Sebarang persoalan bolehlah menghubungi : 045622666