IPPT Terkesan Hujan Lebat Serta Angin Kencang
INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU (IPPT), PULAU PINANG, 2 Februari 2023 – Hujan lebat serta angin kencang yang melanda Bertam dan Kepala Batas, Seberang Perai Utara (SPU) Pulau Pinang turut mengakibatkan kerosakan di IPPT dan PPUSMB.

Hujan lebat disertai angin kencang pada Jumaat petang menyebabkan kerosakan di beberapa buah premis bangunan IPPT dan PPUSMB serta pokok tumbang. Kabin stor potong rumput di Seksyen Kejuruteraan rosak diterbangkan angin.


Pintu roller shutter di stor tercabut dan rosak serta syiling tingkat atas bocor.

Tempias hujan lebat melalui tingkap dan pintu turut memberi kesan di ruang gimnasium

Parkir bas turut mengalami kerosakan.
Anggaran nilai kerosakan dalam penelitian.
Teks: Naziroh Shafii / Foto: Mohd Noor Solehhin Mohamad Yunus, Faiz Ihsan & Norjana
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
02 Februari 2023