Skip to main content

LAWATAN TIMBALAN PENGARAH (PENDIDIKAN) BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN KEMENTERIAN EKONOMI KE PUSAT PERUBATAN USM BERTAM (PPUSMB), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BERTAM, 28 Mei 2024 – PPUSMB menerima kunjungan daripada Datin Dr. Syahira Hamidon merupakan Timbalan Pengarah (Pendidikan) Bahagian Pembangunan Modal Insan Kementerian Ekonomi yang datang ke PPUSMB susulan daripada cadangan untuk menjadikan PPUSMB sebagai Hospital Pengajar Universiti.

Sesi lawatan dimulakan dengan lawatan ke Klinik Onkologi, Radioterapi dan Brakiterapi dengan diiringi oleh Dr. Muhamad Yusri Musa selaku Pensyarah Perubatan. Yang Berhormat turut dibawa melawat ke bilik Ct Simulation dan RT Planning serta bilik Brakiterapi dan LINAC di Pusat Perubatan USM Bertam.

Selain daripada lawatan, sesi taklimat berkaitan Perkhidmatan Brakiterapi turut dijalankan di Bilik Mesyuarat Utama yang disampaikan oleh Dr. Muhamad Yusri Musa.

Turut menyertai sesi lawatan ini ialah Profesor Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri & Masyarakat; Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon, Timbalan Pengarah Pembangunan Projek Khas; Profesor Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah (Klinikal, Kelestarian dan Piawaian); Dr. Jasmin Jalil, Pakar Onkologi & Radioterapi dan Puan Nurul Amira Mohd Ali, Ketua Unit Pentadbiran & Rekod Perubatan PPUSMB.

Teks:
Nur Aqilah Tajul Ashikin
Disunting oleh: Dr. Muhamad Yusri Musa
Foto: Norizan Ishak

Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
28 Mei 2024