LAWATAN KERJA DELEGASI PUSAT PENGAJIAN SAINS PERGIGIAN DAN WEIHAI MEICHEN DENTAL HOSPITAL KE PUSAT PERUBATAN USM BERTAM (PPUSMB), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
BERTAM, 05 Jun 2024 – PPUSMB menerima kunjungan lawatan kerja dari Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) bersama delegasi dari Weihai Meichen Dental Hospital (Weihai Meichen), China.
Lawatan kerja sehari ini dimulakan dengan mesyuarat tertutup delegasi pada sebelah pagi dan kemudiannya diikuti dengan Mesyuarat Penubuhan Makmal Pergigian Digital USM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PPUSMB. Objektif utama perbincangan adalah cadangan kolaborasi bersama penubuhan makmal pergigian digital di USM.

Hadir adalah Profesor Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor (Industri, Rangkaian Komuniti dan Kelestarian Institusi). Mewakili IPPT dan PPUSMB adalah Profesor Dato' Ir. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan – Pengarah, Dr. Nawal Radhiah Abdul Rahman, Dr. Nurul Hanim Othman, dan Puan Nurul Amira Mohd Ali. Mewakili PPSG adalah Profesor Madya Dr. Mohd. Fadhli Khamis – Dekan, dan Profesor Madya Dr. Suharni Mohamad - Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi, & Penglibatan Industri-Komuniti. Manakala delegasi dari Weihai Meichen dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Mr. Liu Yuguang bersama dengan Mr. Liu Bingsheng, Ms. Sheng Jinxiu, dan Mr. Eric Yip Pui Chee


Pusat Media & Perhubungan Awam