YAYASAN TELEKOM MALAYSIA (TM) BERKONGSI REZEKI DENGAN PESAKIT KANSER DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERTAM (PPUSMB).
BERTAM, 03 April 2024 - Pengurus Besar TM Negeri Pulau Pinang, Encik Mohd Hasrul Nizam Md Hashim Nordin dan wakil Yayasan TM hari ini meluangkan masa memberikan sumbangan kepada para pesakit kanser di PPUSMB. Program Cahaya Ramadan ini adalah merupakan salah satu inisiatif pihak Yayasan TM untuk menyumbang kepada komuniti dan bertujuan untuk memberi sumbangan kepada para pesakit di PPUSMB untuk persediaan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.
Majlis ini berlangsung di Ruang Legar Aras 3, Pusat Perubatan USM Bertam bermula jam 9:30 pagi yang dimeriahkan dengan kehadiran wakil dari Yayasan Telekom Malaysia (TM) seramai 6 orang dan turut disertai oleh wakil dari PPUSMB.
Program Cahaya Ramadan dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim selaku Timbalan Pengarah (Klinikal, Kelestarian & Piawaian) PPUSMB. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Encik Mohd Hasrul Nizam Md Hashim Nordin, Pengurus Besar TM Negeri Pulau Pinang.
Kemuncak kepada program ini adalah semasa majlis perasmian dan penyerahan mock up sumbangan oleh Yayasan Telekom Malaysia (TM) kepada Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB).

Pihak Yayasan Telekom Malaysia (TM) turut meluangkan masa menyantuni para pesakit kanser di PPUSMB dengan menziarahi beberapa orang pesakit yang sedang menjalani rawatan di Klinik dan Wad Onkologi Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia.
Turut hadir bersama adalah wakil daripada Yayasan Telekom Malaysia (TM) yang terdiri daripada Pengurus, State Regulatory & Engagement, TM Pulau Pinang, Puan Norhana Abdul Rahman Araby; Penolong Pengurus Besar, Encik Muhammad Izanie Khairani dan Cik Maryati Omar; Penolong Pengurus, Encik Mohd Zulizwan Mohd Zaki; dan Penolong Pegawai Sokongan, Encik Muhamad Jiwa Ja’afar. Manakala wakil dari PPUSMB pula turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Perubatan dan Pembedahan, Dr. Fitreena Anis Binti Amran dan Ketua Unit Onkologi dan Radioterapi, Prof. Madya Dr. Gokula Kumar A/L Appalanaido dan wakil-wakil PPUSMB yang lain.

Teks: Nur Aqilah Tajul Ashikin
Disunting oleh: Prof. Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim & Nurul Amira Mohd Ali
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia