Makmal Diagnostik Klinikal
Makmal Diagnostik Klinikal (ADL) merupakan salah satu perkhidmatan yang terletak di Pusat Penyelidikan Kanser dan Pakar USM. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada hospital, klinik dan makmal kerajaan serta swasta. Manual ini menekankan kepentingan prosedur pra-analitikal yang betul merangkumi pengambilan spesimen, penggunaan bekas spesimen yang tepat, serta pengangkutan yang sempurna bagi menjamin ujian yang cekap, berkesan dan tepat, sekali gus memastikan penyampaian keputusan dalam tempoh masa yang ditetapkan.













