Skip to main content

PERKHIDMATAN KLINIKAL, PUSAT KANSER TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI USM

Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM merupakan penjenamaan semula perkhidmatan klinikal yang beroperasi di Kompleks Penyelidikan Klinikal, Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM di bawah Universiti Sains Malaysia (USM).

Sejarah awal penubuhan Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB pada tahun 2002 adalah sebagai sebuah institusi untuk berfungsi sebagai pemangkin utama dalam melahirkan pakar dan saintis perubatan dan pergigian yang kompeten, holistik dan kontemporari dalam amalan dan profesion mereka serta mampu menjana penemuan baharu dalam bidang perubatan dan pergigian.

Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB merupakan salah satu pusat kecemerlangan (Centre of Excellence) yang menawarkan perkhidmatan kepakaran perubatan dan pergigian di samping menjalankan program-program akademik dan penyelidikan dalam pelbagai bidang berkaitan sains perubatan dan kesihatan.

Perkhidmatan Klinikal di IPerkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM telah dilancarkan sejak tahun 2004. Ia telah beroperasi sebagai pusat penyelidikan klinikal selain menyediakan perkhidmatan kesihatan awam bagi kes rujukan untuk mendapatkan janji temu dengan pakar perubatan USM.

Kini, perkhidmatan klinikal di Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB telah berkembang menjadi Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM yang menawarkan pelbagai kepakaran perubatan termasuk perubatan dalaman, pediatrik, pembedahan am dan payudara, rawatan kanser (onkologi), pengimejan serta rawatan kepakaran pergigian. Kecemerlangan dalam bidang brakiterapi ini telah mendapat perhatian dan pengiktirafan daripada BrachyAcademy, sebuah badan brakiterapi profesional yang berpangkalan di Belanda, yang telah memberikan akreditasi sebagai Pusat Latihan dan Penyelidikan Antarabangsa BrachyAcademy sejak tahun 2020. Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM di Bertam merupakan cawangan kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan. Penjenamaan semula Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM telah diluluskan secara prinsip oleh Lembaga Gubernur Universiti pada 21 April 2022. Manakala, penubuhan Pusat Perubatan USM Bertam sebagai PTJ telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti ke-201 Bil. 9/2022 pada hari Rabu, 19 Oktober 2022.

Perkhidmatan Rawatan Brakiterapi Lidah Pertama di Malaysia

Perkhidmatan Onkologi di Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB telah menerima rujukan dari seluruh Malaysia, terutamanya di utara tanah air. Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB merupakan satu-satunya fasiliti kerajaan yang memiliki mesin pemecut linear atau dikenali sebagai LINAC dalam Radioterapi untuk rawatan pesakit kanser. Perkhidmatan Onkologi juga menjalankan perkhidmatan brakiterapi dan telah diiktiraf sebagai satu-satunya pusat rawatan dan pendidikan BrachyAcademy di Asia Tenggara oleh BrachyAcademy, Belanda. Ini membolehkan pembangunan ilmu dan teknologi dilakukan, di mana pakar-pakar Perkhidmatan Klinikal PKTAAB telah berjaya mencipta beberapa teknik brakiterapi, termasuk teknik HYBIRT untuk kanser lidah. Sehingga kini, hampir 1,000 pesakit dari seluruh negara serta dari Indonesia dan Australia telah dirujuk ke sini untuk sesi perundingan, manakala hampir 600 pesakit telah menjalani prosedur brakiterapi di sini.

Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM Ungguli Rawatan Brakiterapi Untuk Rawat Kanser Lidah, Hati Dan Sarkoma

Perkhidmatan Klinikal, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM, Universiti Sains Malaysia menjadi satu-satunya pusat perubatan di Asia Tenggara yang menawarkan kaedah rawatan brakiterapi untuk kanser hati, oral (mulut) dan sarkoma (tisu lembut).


Liputan Media

MAJLIS PERASMIAN PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN BRACHYACADEMY DI PPKPK USM

KEPALA BATAS PULAU PINANG, 2 Julai 2024 - Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir hari ini meluangkan masa melawat ke Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM dan meraikan para pesakit kanser bersama warga staf Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM bersempena dengan Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan Pendidikan BrachyAcademy (BrachyAcademy Educational Centre of Excellence).

Liputan Penuh

'SYUKUR TAK PERLU POTONG LIDAH'

Kepala Batas: Guru lelaki yang disahkan menghidap kanser menarik nafas lega selepas rawatan brakiterapi yang dijalaninya di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser USM di Bertam, di sini bukan sahaja menyembuhkan penyakitnya namun menyelamatkan lidahnya dari dipotong.

Hasbullah Rashid, 42 yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Paya Besar di Kulim, Kedah disahkan menghidap kanser berkenaan pada 2018.

Liputan Penuh

Sorotan Berita

PPUSMB BerKERJASAMA DENGAN JABATAN KESIHATAN NEGERI

PPUSMB BERTAM, 06 Feb 2025

Hari Kanser Sedunia : KEUNIKAN JURURAWAT MEMERANGI KANSER

PPUSMB BERTAM, 04 Feb 2025

LAWATAN TKSU (D) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) KE PPUSMB

PPUSMB BERTAM, 23 JAN 2025

PENGARAH IPPT DAN PPUSMB SANTUNI PARA PESAKIT PALIATIF

PPUSMB BERTAM, 23 DEC 2024

MINGGU KELESTARIAN IPPT DAN PPUSMB DISAMBUT JAYANYA

PPUSMB BERTAM, 20 DEC 2024

Lokasi Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB

Hubungi Kami

Perkhidmatan Klinikal, PKTAAB
Universiti Sains Malaysia,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang   
Tel : +604 - 562 2888   
Kecemasan: +604-562 2655
Talian Kecemasan Keselamatan: +604-562 2999
(24 jam)
Admin

Maklumbalas Pelanggan

Last Update : 18 Mei 2026